FAQ Pelajar Baru






SOALAN 1:

JAWAPAN:
Bilakah tarikh lapor diri pelajar baharu?

Tarikh lapor diri pelajar baharu di PHT adalah pada 25 Jun 2018 jam 8.30 pagi (tempat pendaftaran akan diberitahu pada hari lapor diri)

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Apa yang perlu bakal pelajar buat selepas mencetak surat tawaran?

Anda mempunyai DUA (2) pilihan perlu:
1)     Layari laman web PHT dan klik pada PELAJAR BAHARU untuk mencetak manual pendaftaran pelajar baharu dan Maklumat Am*
2)     Layari laman sesawang alternatif http://heppht2.blogspot.com/ untuk muat turun BORANG PENDAFTARAN, MAKLUMAT AM dan MANUAL PENDAFTARAN.

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Adakah asrama politeknik disediakan?

PHT tidak mnyediakan asrama. 

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Bagaimana sahsiah rupa diri semasa hari lapor diri?

Pelajar lelaki DIWAJIBKAN berpakaian kemeja berkolar, seluar slack hitam dan berkasut hitam. Pelajar perempuan DIWAJIBKAN berpakaian baju kurung putih, kain hitam dan bertudung putih.
*Non-muslim DIWAJIBKAN berpakaian sopan

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa hari lapor diri?

Dokumen yang WAJIB dibawa adalah seperti berikut:
a)      Mykad (original)
b)  Slip Keputusan Peperiksaan Bagi Calon Lepasan SPM, Surat Pengesahan Tamat Pengajian / Transkrip Bagi Calon Lulusan Politeknik atau Lulusan Kolej Komunti (original)
c)      Sijil Berhenti Sekolah (original)
d)     Sijil Ko-Kurikulum yang berkaitan (original)
e)      Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)
f)      Slip bukti bayaran yuran pengajian (Bank Islam)
g)      Slip bukti bayaran yuran pendaftaran (Bank Islam)
h)     Slip Pengesahan Pendaftaran Online
i)       Gambar berukuran passport (4 keping)

SOALAN 1:



JAWAPAN:

Saya telah menghantar salinan surat tawaran dan sijil ke PHT tetapi apabila saya cuba daftar secara online, sistem memberi respon “data anda belum diterima oleh politeknik”?


Sila rujukkan kes ini kepada PHEP dengan menghubungi 09-682 5555



SOALAN 1:

JAWAPAN:
Bilakah saya dapat daftar online selepas membuat pembayaran yuran?

Anda boleh mendaftar online selepas 24 jam pembayaran dibuat.



SOALAN 1:

JAWAPAN:
Adakah terdapat program yang perlu saya hadir selepas pendaftaran?

Anda perlu mendengar taklimat bersama dengan penjaga masing-masing di bilik yang akan diberikan oleh Pengarah PHT. Anda juga DIWAJIBKAN untuk hadir Minggu Suai Kenal (MSK) selama 3 hari 2 malam.







SOALAN 1:


JAWAPAN:
Apabila saya hendak membayar yuran di BIMB, sistem memberi respon, data anda tiada dalam sistem?

Sila rujukkan kes ini kepada PHEP dengan menghubungi 09-682 5555

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Berapakah yuran yang perlu dibayar?

Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
1)     Yuran Pengajian sebanyak RM200
2)     Yuran Pendaftaran sebanyak RM600

SOALAN 1:

JAWAPAN:
Bagaimanakah bentuk pembayaran yang boleh dibuat?

Bermula sesi Jun 2014, semua pembayaran yuran Politeknik Malaysia tidak boleh dilakukan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Walaubagaimanapun, ianya boleh dibuat melalui mesin ATM dan Cash Deposit Machine (CDM). Cara-cara pembayaran boleh dirujuk dalam laman web http://www.pht.edu.my (pelajar baharu) atau di http://heppht2.blogspot.com/p/faq.html ruangan MAKLUMAT AM